Wednesday, October 7, 2009

Cabaran BATTLE OF THE BANDS Bersama SHAM KAMIKAZE Kundasang, Ranau, Sabah

Notis Terkini: Pihak Penganjur Battle of Bands "1 Pentas Menjejak Juara" d Kundasang telah dijadulkan bagi Pusingan Saringan 1 dimulai pd 23 Oktober 2009 (Jumaat) jam: 2.00 ptg. Final on 24 Okt 2009 (Sabtu). Ini bagi meringankan beban kos logistik para peserta yang menyahut cabaran ini. - Urusetia


* Dapatkan Borang Penyertaan ini --> Download Borang Penyertaan

Cabaran BATTLE OF THE BANDS Bersama SHAM KAMIKAZE
Sempena Pesta Kubis di Kundasang, Sabah.
Tema: "1 PENTAS MENJEJAK JUARA"

Cabaran Battle of The Bands ini merupakan satu penganjuran istimewa oleh AJK Kebudayan Pesta Kobis yang secara uniknya dianjurkan bagi memeriahkan lagi Sambutan Pesta Kubis di Pentas Budaya, Pekan Kundasang, Sabah.

Penganjuran pertandingan ini menjemput dan memberi cabaran kepada bakat-bakat berkumpulan (group bands) yang ada di seluruh Sabah seperti mana tema yang diberikan "1 Pentas Menjejak Juara".

Pihak penganjur bakal menampilkan Persembahan Khas oleh tetamu undangan penganjur, SHAM KAMIKAZE istimewa kepada peminat seni tanah air khasnya di Sabah.

Cabaran Battle of The Bands ini akan berlangsung mulai 23 Oktober 2009 (Jumaat) - Acara Saringan 1, Jam 2.00 ptg dan Acara Final pada 24 Oktober 2009 (Sabtu).

Borang Penyertaan boleh didapati melalui laman web ini Borang Penyertaan atau hubungi urusetia penganjur dibawah ini dan Tarikh Akhir Penerimaan Borang Penyertaan adalah selewat-lewatnya pada 21 Oktober 2009 (Rabu)

Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM120.00

Untuk pertanyaan lanjut & penyerahan borang, hubungi Urusetia Penganjur dibawah ini:-
1. Johari H/P: 0138772900
2. Japiril H/P: 0198201714
3. Sahidin H/P: 068304707
3. Kohadie @ Coach H/P: 0198011790
4. Yuesri H/P: 0198990212
5. Shahril H/P: 0148500110

Hadiah lumayan yang bakal ditawarkan adalah:-
1. Johan - Wang Tunai RM1,000 + Piala + Sijil Penyertaan
2. Naib Johan - Wang Tunai RM750.00 + Piala + Sijil Penyertaan
3. Ketiga - Wang Tunai RM500 + Piala + Sijil Penyertaan
4. Hadiah Saguhati - Piala + Sijil Penyertaan

Anugerah Kategori Khas seperti berikut:
1. Pemain Gitar Terbaik - Sebuah Gitar (Bakal mendapat tandatangan istimewa oleh Sam Kamikaze)
2. Pemain Drum Terbaik - Peralatan Stick & Snare
3. Vokalis Terbaik - Peralatan Microphone

Antara acara menarik dalam memeriahkan lagi sepanjang perjalanan Pesta Kubis mulai pada 21-25 Oktober 2009 adalah seperti:-
1. Persembahan Khas oleh Sam Kamikaze
2. Pertandingan Bayi Sihat
3. Pertandingan Bintang Kecil & Bintang Terbuka kepada umum
4. Persembahan Musik & Tarian Tradisional
5. Persembahan Artis Ternama
6. Pesta Pelbagai Jualan
7. Gerai Promosi Telekom Malaysia
8. dan banyak lagi.

Dijemput dan maklumkan rakan-rakan agar membanjiri perkarangan Pentas Budaya Pekan Kundasang. Anda DICABAR untuk hadir.

Kejayaan Penganjuran Battle of The Bands 2009 sebelum ini